Disclaimer

Assalamualaikum and hye visitor(s)

Welcome to my official blog
Please navigate around happily. Follow me if you like to and do write on my chatbox down below

Leaving sooner? click Here

Ilia Natasya
Tuesday, 7 February 2017 • 21:21 • 2 Comment(s)

Assalamualaikum and hello people!


Semua orang mesti pernah dengar kan pasal LORD Cosmetics by Elfira Loy ni? Kalau tak semua pun mostly mesti tahu kan? Haritu trending worldwide kot dekat Twitter.. (aku pun tahu dari situ jugak huhu)

Dia punya matte lipcream ada 3 shade je, Starstruck, Unicorn dengan Vivy.. Lepastu dia ada Lip Plumper jgk.

Aku beli online pakai dia punya official web.. Tapi aku tak ambik starstruck sebab warna dia bloody red memang tak aku nak pakai lipcream warna tu huhuhu.. So aku grab Unicorn dengan Vivy.. Satu lipcream tu harga dia RM55. Not bad la untuk local brand kan. Kalau beli NYX SMLC tu satu RM33.. Kalau beli Stilla Stay All Day Matte Lipcream tu satu RM99 mahu menangis. Huhuhu..

So, inilah rupanya Matte Lipcream by LORD Cosmetics tu..







Saiz lipcream tu lebih kurang je dengan Stilla Stay All Day punya.. Tapi harga? Huhu..

And lipcream ni panjang sikit dari NYX SMLC punya.. (sorry la lupa nak ambik gambar perbandingan)



Actually lipcream ni dah lama sampai and aku pun dah lama pakai tapi yelah, harini baru rajin nak update blog so... ha nilah gambar2 swatches Lord lipcream shade Unicorn dan Vivy.. hihi



tengok tang mulut je tau jangan tenung lama2 dekat pipi tu nanti menggelebeh

Unicorn : Unicorn ni warna dia more to dusty pink camtu.. Serious talk aku kata warna dia sama sebijik dengan warna aku punya Stilla Stay All Day Matte Lipcream shade Patina yang harga RM99 tu. Damn.. Okay tu warna.. Formula dia? Haa at first masa aku swatch sikit dekat tangan aku dah rasa semacam.. Sebab liquidy gila kateko.. Cair sangat ! Aku dah terkejut.. Cane nak dry matte kalau cair ceni huhuhu.. But, suprise suprise.. dia memang dry completely matte lepas dalam 2,3 minit camtu. And kissproof! Takde kesan langsung dekat tangan.. (100% mindblown) betul la orang kampung tunang aku kata, "don't judge the book by its cover" huhu..



sekali lagi, mohon jasa baik jangan tenung pipi nanti menggelebeh

Vivy : Okay Vivy ni pulak warna dia pink nude. Boleh beza tak dengan shade Unicorn tadi? Warna Vivy ni pulak kalau nak dibandingkan dengan NYX SMLC shade Stockholm tu, haa Stockholm tu cerah sikit dari Vivy.. Betul ke cerah orang panggil? pucat? Haha.. Senang cite Vivy ni lagi terang la camtu. Okay tadi aku dah cite pasal formula.. Formula Vivy ni pun sama je dengan Unicorn tadi. Da bomb! So sekarang aku nak cite pasal dia punya bau.. Kebiasaan lipcream yg aku pakai bau dia mcm vanilla camtu kan. Haa.. Lord Lipcream ni bau dia macam gula2 m&m tu.. Bau coklat. Best! Unicorn ke, Vivy ke, sama je bau cekelat.. 





So kesimpulannya, tak semestinya kita kena beli barang kosmetik brand international yang high end mahal namati tu, buktinya lipcream brand local pun lawa jugak macam yang brand mahal2 tu.. Tapiii.... aku tak tipu la yang Stilla punya Stay bla bla (panjang sangat namanya) tu lagi long lasting la.. even aku dah makan pun dia tak tertanggal, aku dah jilat2 pun dia elok je kat bibir.. Yang Lord punya ni, lepas makan tu dah hilang dah sikit so kena touch up (kalau rajin, malangnya aku malas)


Itu je. Tapi aku rasa setakat hal long lasting ke tak tu boleh dimaafkan la.. Apa2 pun, pandai2 la kita menilai sesuatu barang tu sebelum beli ye. Kalau time kaya sekali sekala nak beli barang high end pun takde masalah..


Jadilah pengguna yang bijak! Till here then I'll see you soon!





Regret nothing, trust yourself,
Ilia Natasya



2 Comments posted :

Blogger Puteri said... 8 February 2017 at 02:27

Hm too bad semua shade tak sesuai dengan saya

Blogger Lya Amie said... 9 February 2017 at 05:54

Nice colour la lipcream ni!

Post a Comment


The Owner


✿ Ilia Natasya

✿ 20 Years Old

✿ Bachelor Student in UPM

✿ Engaged


Followers


Chatbox

❝Speak humbly, Listen respectfully❞



Template By: Kawaii Lady
Full Edited By: Ilia
Some stuff: